the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wanita rugi lebih RM260,000 angkara ‘love scam’

KUANTAN: Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket ‘Love Scam’ menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Beliau berkata mangsa berusia 32 tahun itu berkenalan dengan lelaki dari luar negara yang mendakwa sebagai ahli perniagaan menerusi media sosial sebelum suspek meminta modal kononnya untuk menampung perniagaan yang mengalami masalah kewangan.

“Mangsa yang terpedaya telah membuat 14 kali transaksi kepada empat akaun berbeza bermula 14 Okt hingga Ahad lepas sebelum suspek mendiamkan diri dan wanita itu akhirnya menyedari dirinya telah ditipu,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Wanita itu telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Yahaya memaklumkan pihaknya menerima tiga laporan polis melibatkan kes tawaran tender tidak wujud menerusi panggilan telefon melibatkan jumlah kerugian lebih RM300,000.

Beliau berkata mangsa melibatkan dua peniaga kedai tayar masing-masing berusia 29 tahun, ditawarkan tender pembekalan tayar, alat ganti dan aksesori kenderaan setelah menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Selain itu, seorang lagi mangsa iaitu kontraktor bangunan berumur 55 tahun menerima tawaran tender membekalkan ecoflow power station daripada individu kononnya pegawai dari Majlis Perbandaran Bentong.

Kesemua mangsa telah membuat beberapa transaksi seperti diminta suspek berjumlah lebih RM300,000, dengan masing-masing berasa terpedaya selepas membuat semakan di JBPM dan Majlis Perbandaran Bentong serta mendapati tiada tender seumpama itu wujud.

Mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings