the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bersatu mahu pinda perlembagaan parti tanpa kaitan isu anti lompat parti

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Usul meminda perlembagaan bagi menambah baik urusan pentabiran parti akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, dari Khamis hingga Sabtu ini.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin (gambar) merangkap Pengerusi Jawatankuasa PAT Bersatu 2023 berkata usul itu juga adalah selaras dengan tumpuan atau tema persidangan tahunan kali keenam, iaitu tekad memperjuang semangat parti demi kesejahteraan rakyat serta negara.

“Pindaan Perlembagaan ini adalah perkara-perkara berkaitan pentadbiran dan juga operasi Bersatu. Lebih kepada perkara-perkara yang melibatkan pentadbiran yang kita mendapat maklum balas daripada akar umbi.

“Ada penambahbaikan dari sudut pentadbiran perlu kita laksanakan. Perkara yang sudah lama kita bincang dan akan dibawa untuk diluluskan dalam perhimpunan agung ini,” katanya pada sidang media berhubung PAT Bersatu 2023 di ibu pejabat Perikatan Nasional (PN), di sini hari ini.

Radzi juga berkata bahawa usul pindaan perlembagaan parti itu hanya berhubung perkara asas pentadbiran Bersatu dalam memperkukuhkan parti itu dan tiada kaitan dengan isu anti lompat parti.

Selain itu, beliau berkata usul lain yang juga akan dibentangkan pada persidangan kali ini adalah berkaitan keadaan di Palestin.

Katanya, seramai seramai 2,054 perwakilan seluruh negara akan menyertai perhimpunan itu.

Menurutnya, seramai 760 perwakilan bagi sayap Srikandi Bersatu dan manakala seramai 859 perwakilan sayap Armada akan menyertai konvensyen masing-masing pada Khamis ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img