the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba sabah padam lebih 3,900 hektar kebakaran terbuka

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya memadamkan kebakaran terbuka melibatkan luas kawasan lebih 3,900 hektar antara 1 Jan lepas hingga semalam.

Pengarahnya Abdul Razak Muda dalam kenyataan berkata keseluruhan 1,435 kes kebakaran dilaporkan dalam tempoh tersebut dan pihaknya masih menjalankan operasi memadam kebakaran di kawasan seluas 1.49 hektar di Tuaran.

Beliau berkata kebakaran terbuka paling banyak berlaku di kawasan hutan membabitkan 578 kes selain di belukar dan lalang (746 kes) manakala kebun (96 kes) dan tanah gambut (43 kes).

“Daripada keseluruhan 27 daerah di Sabah, hanya tiga daerah iaitu Telupid, Tongod dan Kalabakan tidak mengalami kejadian kebakaran terbuka setakat ini,” katanya.

Beliau berkata daerah Kota Belud mencatatkan kes kebakaran terbuka paling luas iaitu 725.8 hektar, diikuti Kuala Penyu (688.73 hektar) dan Tuaran (616.43 hektar).

Katanya bagi semalam sahaja, pihaknya menerima laporan 43 kes kebakaran melibatkan luas kawasan 105.05 hektar. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings