the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap pelaksanaan dasar dan strategi bagi meminimumkan kesan bencana terhadap haiwan.

Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata hal ini kerana haiwan ternakan dilihat antara yang sering menjadi mangsa bencana alam terutama banjir, malah penternak yang menyara hidup dengan hanya bergantung kepada hasil penternakan turut terjejas teruk disebabkan haiwan adalah bukan keutamaan dalam pengurusan bencana.

Beliau berkata pengurangan risiko bencana (DRR) adalah tindakan masa hadapan dan kerjasama dengan pertubuhan kebajikan haiwan antarabangsa boleh dilakukan bagi memastikan keselamatan haiwan peliharaan dan ternakan.

“Malaysia perlu mempunyai strategi dan dasar untuk meningkatkan pengetahuan dalam responsif ternakan, justeru dalam hal ini Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) perlu mempertimbangkan dengan serius untuk melaksanakan dasar dan strategi bagi mengurangkan risiko dan meminimumkan kesan bencana terhadap haiwan.

“Banjir bukan saja menyebabkan kemusnahan harta benda tetapi juga mengakibatkan kehilangan nyawa, ternakan serta tanaman pertanian. Haiwan menderita semasa bencana kerana ia sangat bergantung kepada manusia, oleh itu kami menggesa haiwan domestik dan ternakan dimasukkan ke dalam rancangan kecemasan,“ katanya dalam kenyataan.

Mohideen berkata data Jabatan Perangkaan merekodkan sebanyak RM36.9 juta kerugian dalam sektor ternakan pada 2022 sekali gus menyebabkan kerugian kepada ekonomi negara.

Beliau berkata langkah perlu diambil bagi mengurangkan kerugian manakala kesiapsiagaan kecemasan penting demi menjaga kebajikan haiwan serta kesinambungan perniagaan di samping perancangan yang lebih awal bagi melindungi haiwan sebelum dan semasa bencana. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings