the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

CIQ BSI alami gangguan bekalan elektrik selama satu jam

JOHOR BAHRU: Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi.

Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gangguan itu berlaku pada jam 4.15 petang, sebelum pulih sejam kemudian selepas tindakan pemulihan dilakukan pihak berwajib.

“5.15 petang, bekalan elektrik telah kembali pulih dan semua zon pemeriksaan beroperasi seperti sedia kala.

“Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang bertugas di BSI, yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta dedikasi, bagi memastikan aliran pergerakan pelawat berjalan dengan lancar,” menurut hantaran itu.

CIQ BSI mengalami gangguan bekalan elektrik buat kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, selepas yang pertama pada Disember tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings