the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca panas: Perlis dilanda gelombang haba dua hari berturut-turut

KUALA LUMPUR: Perlis merekodkan gelombang haba atau suhu panas tahap dua setakat jam 4.30 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan data harian status cuaca panas yang dikongsikan jabatan itu di Facebook hari ini, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Selain itu terdapat 12 kawasan di Semenanjung merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga atau tahap satu, iaitu Langkawi, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar di Kedah serta Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta di Perak.

Tahap Berjaga-Jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan Malaysia berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang secara lazim menyaksikan kawasan utara Semenanjung mengalami litupan awan dan taburan hujan yang kurang selain menyebabkan cuaca lebih panas serta kering berbanding kebiasaan.

Selain itu, berikutan fenomena El Nino kuat yang sedang melanda dunia pada ketika ini, MetMalaysia turut menjangkakan suhu maksimum harian di negara ini boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings