the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Curi dua tin arak, makanan Jepun, penganggur dipenjara tiga bulan

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri dua tin arak dan pelbagai jenis makanan Jepun bernilai RM189.90 di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, semalam.

Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu terhadap Chong Kin Young, 48, selepas dia mengaku bersalah mencuri barang-barang itu di sebuah kedai di Lot 10 Shopping Centre, Jalan Sultan Ismail, di sini pada 4 petang, 25 Dis.

Dia dituduh mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu yang diwakili peguam Simret Bedh Singh Sharma dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu hukuman ringan dikenakan ke atas anak guamnya atas alasan tertuduh tidak bekerja dan mempunyai seorang anak.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings