the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Datuk Bandar: Permukaan Jalan Meru-Klebang rosak akibat pergerakan aliran air bawah tanah

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menjelaskan isu kerosakan permukaan jalan di laluan pintas menghubungkan Meru ke Klebang di sini adalah disebabkan terdapat pergerakan aliran air bawah tanah di jajaran tersebut.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin (gambar) berkata turapan jalan yang dibuat sebelum ini dikesan gagal menampung beban kenderaan yang menggunakan laluan berkenaan pada bulan Sept, dan tindakan pembaikan telah diambil.

Beliau berkata sebagai tindakan pembaikan, sistem saliran ‘sub-soil’ dipasang di sebahagian jajaran terlibat bagi menyalurkan aliran air bawah tanah ke sistem saliran sedia ada, dan sebulan kemudian pembaikan kali kedua telah dibuat dengan menambah pemasangan saliran sub-soil di beberapa lokasi lain.

“Bagaimanapun hujan berterusan pada awal bulan ini telah meningkatkan aliran air bawah tanah dan melemahkan sebahagian besar lapisan jalan, sekali gus merosakkan permukaannya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Disember 2023 di Dewan Mesyuarat MBI di sini, hari ini.

Rumaizi berkata pihaknya telah mengarahkan konsultan projek berkenaan melaksanakan kajian lanjut berkaitan isu itu serta memfokuskan kepada kaedah pembaikan secara menyeluruh, dan MBI berharap pihak kontraktor akan melaksanakan kerja pembaikan semula struktur jalan terlibat dalam tempoh tanggungan kecacatan selama 12 bulan.

Jumaat lepas beberapa media melaporkan jalan yang menelan belanja sekitar RM7.2 juta itu telah mengalami kerosakan, tidak sampai lima bulan selepas dibuka, sekali gus mengundang rasa tidak puas hati beberapa pihak berkaitan kerana laluan itu boleh dianggap sebagai laluan utama kepada ramai pengguna. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings