the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dewan Negara lulus dua RUU di bawah Kementerian Kewangan

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan dua Rang Undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan iaitu RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024 dan RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024.

Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan majoriti suara bersetuju selepas dibentangkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) serta dibahas oleh 14 Ahli Dewan Negara.

Amir Hamzah ketika membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024 berkata anggaran perbelanjaan mengurus tambahan pertama 2023 adalah berjumlah RM23,479,669,350 bagi perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan 2023.

“Sebanyak RM3,692,563,850 adalah untuk pindahan lebihan daripada Akaun Hasil Disatukan 2023 ke Kumpulan Wang Pembangunan, RM778,632,450 untuk menampung perbelanjaan yang tidak diperuntukkan bagi tahun 2023.

“Sebanyak RM19,008,473,050 adalah peruntukan tambahan langsung kepada kementerian dan jabatan yang telah diberi kebenaran untuk berbelanja melebihi daripada peruntukan pada tahun 2023,” katanya.

Sementara itu, RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 bertujuan mengadakan peruntukan bagi penguntukan semula daripada Kumpulan Wang Disatukan berjumlah RM648,537,400 bagi perkhidmatan dan maksud yang dinyatakan dalam jadual kepada RUU ini bagi 2024.

Menurut Amir Hamzah, permohonan peruntukan itu susulan penyusunan semula fungsi kementerian selaras dengan penyusunan semula Jemaah Menteri baharu pada 12 Dis 2023.

“Ia bertujuan memperkemaskan lagi organisasi dan fungsi kementerian terutama dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara selaras dengan konsep Malaysia MADANI,” katanya.

RUU Perbekalan Tambahan (2023) 2024 telah diluluskan pada 20 Mac lepas manakala RUU Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 pula diluluskan pada 26 Mac lepas di Dewan Rakyat. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img