the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DOSM: 557 daripada 1,065 mukim capai kategori menua

PUTRAJAYA: Terdapat 557 daripada 1,065 mukim telah mencapai kategori menua dengan lebih daripada tujuh peratus penduduk berusia 65 tahun dan ke atas, menurut statistik Banci Malaysia 2020: Mukim, Bandar dan Pekan yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin (gambar) berkata daripada 260 bandar, 155 telah mencapai kategori menua manakala bagi pekan, sebanyak 50 peratus telah mencapai kategori berkenaan.

“Jumlah penduduk tertinggi bagi umur 0-14 tahun ialah Mukim Ayer Molek, Melaka (73.4 peratus), manakala 15-64 tahun ialah Mukim Pulau Babi, Johor (96.2 peratus).

“Mukim Kerling, Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih dengan 25.2 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdapat 1,730 mukim, bandar dan pekan di Semenanjung Malaysia yang merangkumi 13 negeri seperti dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara (Disemak – 2020) (Akta 828).

Daripada jumlah berkenaan, 1,065 ialah mukim, bandar (260) dan pekan (405). Bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, sempadan statistik adalah berdasarkan pewartaan pusat pentadbiran negeri dan Banci Malaysia dengan persempadanan data statistik adalah berdasarkan peringkat negeri, bahagian dan daerah/daerah kecil (tanpa mukim, bandar dan pekan).

Mohd Uzir berkata penduduk di mukim di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 15.3 juta pada 2010 kepada 18.6 juta pada 2020, penduduk bandar meningkatkan kepada 5.9 juta pada 2020 (2010: 5.0 juta) manakala pekan merekodkan 2.0 juta pada 2020 (2010: 1.6 juta).

Bagi bilangan tempat kediaman, katanya mukim berjumlah 5.6 juta, bandar (1.9 juta) dan pekan dengan 0.6 juta pada 2020.

Mukim Hulu Kinta, Perak merekodkan bilangan tempat kediaman tertinggi bagi mukim iaitu 0.2 juta, manakala bagi bandar, Bandar Ampang, Selangor merekodkan bilangan tempat kediaman tertinggi (0.1 juta) dan Pekan Baru Sungai Buloh, Selangor mencatatkan bilangan tempat kediaman tertinggi bagi pekan (40,000).

Mukim Pulai, Johor pula merekodkan bilangan tempat kediaman kosong tertinggi iaitu 50,000. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings