PETALING JAYA: Dua murid Orang Asli dari Pahang telah mencatat keputusan cemerlang 9A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2020.

Murid cemerlang ini adalah Juniza Ellyana a/p Teo Sea Huang dari SMK Rompin, Pahang dan Rozainizam a/l Azizian dari MRSM Muadzam Shah, Pahang.

Selain itu, terdapat seramai 90 murid Orang Asli lain telah mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM ini iaitu seramai 8 orang mencatat keputusan 8A, 10 orang dengan keputusan 7A, 8 orang dengan keputusan 6A, 31 orang dengan keputusan 5A serta 34 orang dengan keputusan 4A menjadikan jumlah keseluruhan murid Orang Asli cemerlang peperiksaan SPM tahun 2020 adalah seramai 93 orang.