the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua warga emas maut, kereta dipandu bertembung di Kluang

KLUANG: Dua warga emas maut selepas kenderaan yang dipandu mereka bertembung di KM27, Jalan Kluang-Teck Wah Heng, Renggam dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang DSP Nik Mohd Azmi Husin dalam kenyataan hari ini memaklumkan nahas yang berlaku pada kira-kira 2 petang itu membabitkan kenderaan jenis Mercedes Benz dan Toyota Hilux.

Beliau berkata kedua-dua pemandu yang berusia 71 dan 74 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan.

“Siasatan awal mendapati kereta Mercedes Benz dipandu oleh lelaki berusia 71 tahun dari arah Layang-Layang ke Renggam manakala Toyota Hilux dipandu oleh lelaki berusia 74 tahun dari arah bertentangan sebelum kedua-duanya bertembung,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Renggam Penolong Penguasa Bomba Nizar Mamun berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.55 tengah hari dan sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata kedua-dua mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan dengan peralatan khas dan didapati telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada 3.17 petang,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings