the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Elaun lokum RM80 sejam bagi pegawai perubatan berkuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR: Pegawai perubatan yang diarah bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata perkara itu baharu sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini.

“Timbul isu tentang bayaran elaun untuk doktor yang membuat lokum dan kami telah memohon dan baru sahaja mendapat kelulusan untuk setiap doktor yang membuat lokum dibayar elaun mereka untuk jam yang mereka lakukan,“ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan majlis tandatangan Memorandum Persefahaman (Mou) antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan IHH Healthcare Malaysia.

Sebelum ini, KKM dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan projek rintis pemanjangan waktu operasi klinik berdekatan hospital pada tahun lepas, telah diteliti dan permohonan untuk meneruskan pembayaran elaun lokum, sedang dalam pertimbangan Agensi Pusat.

Menurut kenyataan itu, pegawai perubatan yang diarah bertugas pada hari Sabtu dan Hari Kelepasan Am masih layak menuntut Elaun Lokum, manakala pada hari Ahad membabitkan waktu bekerja mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari, boleh menuntut cuti gantian tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Mengenai majlis berkenaan, KKM hari ini memperbaharui MoU dengan IHH Healthcare Malaysia (IHH Malaysia) untuk menyediakan penjagaan dan rawatan kepada tambahan 500 pesakit kanser dari hospital KKM.

Dr Dzukefly berkata pesakit berkenaan akan mendapatkan rawatan radioterapi dan radiosurgeri di rangkaian hospital IHH Malaysia antaranya Hospital Pantai, Hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court secara percuma bermula 1 Mac.

“MoU ini turut menyokong Pelan Strategik Kawalan Kanser Kebangsaan (2021-2025) untuk meluaskan akses kepada penjagaan dan rawatan bagi pesakit kanser di negara ini,“ katanya.

Memorandum berkenaan ditandatangani oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Seri Norazman Ayob dan Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia Jean Francois Naa disaksikan oleh Dr Dzulkefly dan Pengerusi IHH Healthcare Malaysia Tan Sri Mohammed Azlan Hashim. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings