the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat beranak berdepan detik cemas, rumah dimasuki enam lelaki bersenjata

SEREMBAN: Empat beranak berdepan detik cemas apabila rumah mereka dimasuki enam lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Lenggeng, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata seorang daripada mangsa iaitu lelaki berusia 32 tahun menyatakan semasa dia dan isteri serta dua anak perempuannya sedang tidur di bilik utama kira-kira 2.30 pagi, mereka didatangi suspek berkenaan yang mengacukan parang terhadapnya.

“Mereka kemudiannya mengikat tangan dan kaki mangsa sekeluarga. Hasil siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai memasuki rumah pengadu melalui satu pintu rumah terbabit.

“Mangsa dan keluarga tidak dicederakan dan suspek hanya melarikan wang tunai dan barang kemas dengan kerugian dianggarkan kira-kira RM40,000,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Abdul Malik meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes supaya menyalurkannya ke Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Daerah Nilai melalui talian 06-7904389. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings