the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat cedera motosikal dirempuh kereta

GEORGE TOWN: Empat lelaki cedera selepas motosikal yang dinaiki dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai hilang kawalan dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Bukit Gambir, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V. Saravanan berkata kemalangan pada kira-kira 3 petang berdekatan pintu keluar Universiti Sains Malaysia(USM) arah ke Jalan Tun Dr Awang itu, membabitkan empat kereta dan tiga motosikal.

“Kemalangan berlaku di laluan yang sama ketika lampu isyarat berwarna merah dan penunggang serta pemandu kenderaan sedang berhenti menunggu lampu isyarat hijau.

“Tiba-tiba kereta Perodua Myvi itu yang dipandu seorang wanita berusia 60 tahun datang dari arah belakang dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiga kereta dan tiga motosikal yang berada di hadapan,“ katanya di sini hari ini.

Kemalangan itu, katanya menyebabkan dua lelaki iaitu penunggang motosikal cedera di leher dan kaki kanan serta pemboncengnya cedera pendarahan di kepala.

Saravanan berkata dua lagi penunggang motosikal turut mengalami kecederaan iaitu patah kaki, manakala wanita yang memandu Perodua Myvi cedera di dada dan pemandu tiga kereta lagi tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Semua yang cedera dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut dan kemalangan disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings