the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Exco: Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan

JOHOR BAHRU: Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang di sini termasuk Sungai Kim Kim didapati tercemar dan berada pada tahap yang membimbangkan, kata Pengerusi Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon (gambar).

Beliau berkata tiga lagi sungai ialah Sungai Tukang Batu, Sungai Perembi dan Sungai Buluh.

“Kami telah mengambil sampel dari empat sungai ini dan mendapati ia berada pada tahap tiga dan empat iaitu pencemaran membimbangkan. Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) akan kerap mengambil sampel air di kawasan sungai-sungai ini.

“Selain itu, kita juga akan buat pemantauan yang sewajarnya di kawasan sekitar demi memastikan insiden pencemaran seperti di Sungai Kim Kim tidak berulang,“ katanya dalam hantaran menerusi aplikasi TikTok beliau hari ini.

Ling pada masa sama menyeru pihak pengilang dan pengusaha di kawasan perindustrian itu untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh JAS dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang bagi bersama-sama menjaga kebersihan dan kelestarian setempat.

Pencemaran Sungai Kim Kim menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di Pasir Gudang diarah ditutup susulan pembuangan sisa toksik di sungai berkenaan pada 7 Mac 2019.

Sejumlah 947 orang dirawat dengan sembilan daripadanya di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultan Ismail di sini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings