the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Exco: Kes Covid-19 di Johor terkawal

PASIR GUDANG: Kes jangkitan Covid-19 di Johor adalah terkawal dan tidak berlaku sebarang peningkatan kes yang ketara, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon.

Beliau berkata setakat minggu lepas, hanya 41 kes baharu dilaporkan dengan penggunaan katil di hospital melibatkan kes Covid-19 adalah di bawah lima peratus.

Mengulas trend peningkatan kes jangkitan Covid-19 di Malaysia dan Singapura sejak kebelakangan ini, Ling berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menggalakkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan memakai pelitup muka terutama di kawasan tumpuan.

“Mereka yang berisiko tinggi dan ada penyakit kronik perlu berwaspada, lebih-lebih lagi jika berada di kawasan tumpuan orang ramai.

“Meskipun tiada peningkatan kes ketara, sebaiknya ikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dengan memakai pelitup sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran Lounge Pesakit Antarabangsa Hospital Pakar Regency di sini hari ini.

Pada Ahad lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 iaitu dari 19 hingga 25 Nov, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Singapura melaporkan jumlah jangkitan Covid-19 di republik itu meningkat dua kali ganda kepada 22,094 kes antara tempoh 19 hingga 25 Nov, berbanding 10,726 kes minggu sebelumnya.

Dalam perkembangan lain, Ling berkata JKNJ mengambil langkah persediaan bagi menghadapi banjir termasuk memindahkan pengoperasian klinik kesihatan yang berisiko ke sebuah dewan bagi memastikan perkhidmatan tidak terganggu.

“Kita sudah ada pelan tindakan bagi menghadapi banjir. Sebagai langkah berjaga-jaga, peralatan di klinik kesihatan akan diletakkan di kawasan yang tinggi untuk elak daripada rosak,” katanya.

Beliau berkata JKNJ juga bersedia melakukan pemantauan dan pemeriksaan kesihatan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings