the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadhlina: Tiada calon SPM 2023 terjejas banjir

NIBONG TEBAL: Tiada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang terjejas biarpun ada beberapa negeri terkesan akibat banjir ketika ini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata calon yang terlibat dengan banjir masih meneruskan peperiksaan dengan dibantu oleh beberapa agensi kerajaan di kawasan yang terlibat dengan bencana itu.

Beliau juga berkata setakat ini, sekolah yang menjadi pusat peperiksaan SPM tiada yang ditutup dan diteruskan seperti biasa malah peperiksaan itu berjalan lancar.

“Walaupun ada banjir tetapi calon-calon SPM kita tidak terjejas, mereka masih boleh meneruskan peperiksaan dengan dibantu oleh semua agensi di lokasi jadi kalau yang terputus jalan dan yang tak boleh sampai ke pusat peperiksaan pun agensi kerajaan terlibat telah membantu calon-calon ini untuk sampai ke pusat peperiksaan.

Ada dalam kalangan di mereka (calon SPM) di kawasan banjir telah ditempatkan di asrama bagi memudahkan mereka, ada juga yang mana perlu pergerakan (ulang alik dari rumah ke sekolah) diuruskan oleh agensi terlibat,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengulas mengenai persiapan Kementerian Pendidikan (KPM) berikutan situasi banjir semakin buruk di Johor dan Pahang ketika peperiksaan SPM berlangsung ketika ini..

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja sempena gangguan bekalan air di Pulau Pinang, di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Seri Nibong, di sini dan terdahulu beliau turut mengadakan lawatan ke SMK Raja Tun Uda di Bayan Lepas dan SMK Permatang Pasir di Permatang Pauh.

Peperiksaan SPM 2023 bermula sejak 8 Jan sehingga 7 Mac dengan melibatkan seramai 395,870 calon yang sudah mendaftar dan ia melibatkan tiga jenis ujian iaitu ujian bertutur, mendengar dan peperiksaan bertulis.

Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula dari 8 hingga 11 Jan dan bagi Bahasa Inggeris pula bermula dari 17 hingga 23 Jan ini manakala ujian mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula diadakan pada 29 Januari dan peperiksaan bertulis akan bermula dari 30 Januari sehingga 7 Mac.

SPM 2023 melibatkan 3,340 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan 129,635 orang petugas peperiksaan bagi memastikan kelancaran pengurusan serta pengendalian peperiksaan. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings