the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula

PUTRAJAYA: Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar), yang juga Jurucakap Kerajaan, berkata walaupun proses itu dijangka mengambil masa namun ia perlu dilakukan agar menepati objektif yang ingin dicapai oleh Kerajaan Perpaduan.

“Perlu ada penyesuaian beberapa fungsi dan tugas yang selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk dilaksanakan oleh agensi termasuk J-KOM,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas syor Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi agar jabatan itu dirombak dan dipimpin oleh individu yang kompeten susulan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah J-KOM Datuk Ismail Yusop mengenai ‘Langkah Dubai’ yang dikatakan adalah gerakan bagi menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

J-KOM, yang ditubuh pada 1 Feb 2021, sebelum ini di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri serta memainkan peranan mewujudkan komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat.

Fahmi turut mengulas dakwaan Ismail mengenai Langkah Dubai.

“Saya difahamkan ia bukan kenyataan rasmi tetapi ia adalah mesej yang disebar dalam kumpulan WhatsApp. Jadi beberapa perkara perlu diselaras semula untuk pastikan isu sebegini tidak berulang di masa hadapan,” katanya yang sudah bertemu dengan Ismail. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings