the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: IPPTAR perlu wujudkan modul khusus AI, beri latihan kepada peserta

KUALA LUMPUR: Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) diminta untuk menyediakan serta melengkapkan modul khusus berkaitan kecerdasan buatan (AI) sebagai latihan kepada peserta yang mengikuti kursus kendalian institut itu.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar) berkata modul khusus itu juga perlu menggariskan kaedah penggunaan serta kawal selia AI terutama dalam bidang komunikasi termasuk yang melibatkan aspek reka grafik, penerbitan dan penyiaran.

“Modul khusus ini adalah untuk melatih mereka sama ada pasukan dalam kementerian atau dalam kalangan setiausaha akhbar atau ketua unit komunikasi korporat mengenai cara penggunaan AI…seterusnya buka (peluang) kepada pelbagai agensi dan orang ramai termasuk mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Hari Bersama IPPTAR 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah IPPTAR Roslan Ariffin.

Pada masa sama, Fahmi berkata kursus atau latihan disediakan IPPTAR juga seharusnya bergerak selari dengan zaman memandangkan teknologi dalam aspek komunikasi seringkali berubah pada masa hadapan.

“Komunikasi kini adalah saluran semua arah dalam pelbagai bentuk, maka latihan IPPTAR perlu sediakan seharusnya bergerak bersama zaman kerana ada perubahan… jadi kita mulakan dengan AI.

Contohnya, hari ini kita minat aplikasi TikTok tetapi mungkin ada tahun-tahun akan datang ada aplikasi baharu yang lebih diminati dan IPPTAR perlu memahami senario dan landskap media sosial itu sendiri,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, beliau berkata IPPTAR telah berjaya menganjurkan sebanyak 97 program latihan sepanjang tahun lepas dengan melibatkan 7,189 peserta dan ia merupakan pencapaian membanggakan.

“Namun saya berharap IPPTAR akan terus memastikan kualiti dan bukan kuantiti semata-mata,” katanya.

Sementara itu mengenai Buku Panduan Pelapor Mobile Journalism (MOJO) MADANI, Fahmi berkata pihaknya akan menyediakan pautan untuk e-buku berkenaan supaya lebih ramai orang dapat memuat turun buku panduan itu yang sebelum ini hanya diterbitkan secara fizikal.

MOJO MADANI yang dilancarkan pada Disember tahun lepas bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran pengamal media profesional termasuk kewartawanan awam yang semakin berkembang di negara ini untuk pelaporan yang pantas, sahih dan benar. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings