the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Jemaah Menteri putuskan MITRA dikembalikan semula ke JPM

PUTRAJAYA: Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) kini dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) daripada Kementerian Perpaduan Negara (KPN), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar).

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata perkara itu diputuskan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang, dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Jemaah Menteri putuskan MITRA dikembalikan ke JPM. Mengenai penguatkuasaan dan bila dipindahkan, boleh rujuk kepada MITRA,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ditanya mengenai hala tuju baharu MITRA, Fahmi berkata matlamat lanjut itu akan dimaklumkan MITRA.

“Sudah pasti dengan pulangnya MITRA ke JPM, fokus khusus akan diberikan untuk pastikan bukan sahaja MITRA sebagai sebuah badan diurus dengan baik, tetapi matlamatnya juga sama ada dapat dicapai atau diharap dikembang luas,” katanya.

MITRA pada asalnya dikenali sebagai Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC), ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula pada 2018 diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Pada September 2022, ia dipindahkan di bawah seliaan JPM.

Bagaimanapun pada Disember 2023 MITRA diletakkan semula di bawah KPN, sebelum Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas (JPPK) MITRA, menggantikan Datuk R. Ramanan pada Februari.

Pada 27 Mac, Ramanan menggesa agar MITRA dikembalikan ke JPM setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak, terutamanya masyarakat India yang melihat badan itu lebih ‘selesa’ berada di bawah kawal selia JPM.

Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata gesaan itu juga disuarakan, kerana infrastruktur dan sumber di bawah JPM lebih maju berbanding kementerian lain, sekali gus membantu pengurusan lebih efisien untuk unit khas itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings