the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat perlu diwujud untuk bendung pencerobohan data

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat adalah antara jawatan perlu diwujudkan di setiap kementerian bagi membendung isu pencerobohan data seperti yang berlaku terhadap pangkalan data Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) baru-baru ini.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata perubahan itu perlu dilakukan oleh Ketua Setiausaha, Ketua Pegawai Eksekutif dan peringkat tertinggi kementerian, mengambil kira ancaman siber kini menjadi cabaran besar kepada kerajaan dalam memastikan keselamatan data kementerian.

Tambahan pula, beliau berkata banyak modul laman sesawang kementerian perlu ditambah baik atau diperbaharui, justeru ia memerlukan satu perancangan khusus di peringkat kementerian.

“Kita lihat teknik yang digunakan penggodam semakin kreatif dan sofistikated, tidak mustahil mereka menggunakan teknologi AI (kecerdasan buatan) untuk cuba menceroboh, menggodam dan mencuri data kita.

“Jadi saya lihat satu cabaran besar ialah ancaman keselamatan siber yang baru-baru ini kita juga dengar dakwaan pangkalan data Perkeso digodam,” katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Sementara itu, Fahmi berkata kerajaan merancang untuk membina 186 Pusat Ekonomi Digital (PEDi) baharu tahun depan, termasuk di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai usaha merancakkan program keusahawan dalam kalangan rakyat termasuk di luar bandar.

Selain itu, beliau memaklumkan fokus Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tahun depan adalah antaranya memastikan syarikat telekomunikasi (telco) melibatkan lebih ramai anak muda berkelulusan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), diambil bekerja untuk organisasi itu.

“Perdana Menteri sudah arahkan telco supaya terlibat dalam aspek TVET kerana mereka banyak terlibat dalam pengendalian kerja-kerja pemasangan kabel gentian optik fiber, jadi mereka boleh libatkan ramai anak muda.

“Ini kerana hasrat Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan kerajaan ialah agar institut TVET dkhususkan untuk membantu syarikat berkaitan kerajaan dan beberapa syarikat penting agar mereka sama-sama terlibat, dengan melatih dan mengambil lebih ramai tenaga kerja,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings