the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Pengumuman penting berkaitan DNB esok

PUTRAJAYA: Beberapa perkembangan penting berkaitan Digital Nasional Bhd (DNB) termasuk pelantikan ahli lembaga pengarah dan hala tuju agensi berkenaan akan diumumkan esok, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar).

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari ini menegaskan tentang pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.

“Antara dipersetujui Insya-Allah esok (Menteri Digital) Gobind Singh Deo akan berada di Pulau Pinang untuk acara bersama DNB dan beliau akan membuat beberapa pengumuman berkenaan dengan pelantikan ahli lembaga pengarah dan beberapa hala tuju DNB,“ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Fahmi berkata bagi mempercepatkan pelaksanaan penerimagunaan rangkaian 5G khusus bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta industri, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan memeterai perjanjian persefahaman dalam masa terdekat.

Beliau berkata perdana menteri juga memberi penegasan tentang manfaat daripada 5G bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada penerimagunaan serta pelaksanaan rangkaian itu untuk sektor industri dan PMKS.

DNB ialah syarikat tujuan khas ditubuhkan pada 2021 di bawah Kementerian Kewangan dan kini sebagai pemilik tunggal rangkaian spektrum 5G, malah akan beroperasi tidak lama lagi bersama rangkaian kedua yang masih belum dimuktamadkan.

Fahmi berkata lebih 35 peratus daripada keseluruhan pengguna telekomunikasi menempah pakej 5G setakat 17 April lepas, namun penerimagunaan oleh sektor industri dan PMKS perlu dirancakkan.

“Minggu depan, sekiranya semua berjalan lancar ada beberapa pengumuman tambahan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G…ini akan memberi hala tuju jelas dan berkaitan dwirangkaian yang diumum sebelum ini. Dasar dwirangkaian diteruskan dan pengumuman susulan menjelang minggu depan,“ katanya.

Selain itu, beliau berkata Jemaah Menteri juga dimaklumkan tentang kejayaan Sidang Kemuncak KL20 2024 yang berlangsung pada 22 hingga 23 April lepas dengan beberapa pengumuman signifikan.

Selain maklum balas positif tentang format KL20 yang dilihat bertepatan dan bersesuaian, Fahmi berkata perdana menteri mahu beberapa perkara diutamakan dan dipercepatkan khusus berkaitan isu kecerdasan buatan (AI) dan sektor semikonduktor.

Beliau berkata perdana menteri juga menegaskan acara KL20 bakal mendatangkan dampak positif kepada masa depan industri dan ekonomi Malaysia dengan beberapa tindakan susulan akan diumumkan dalam masa terdekat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings