the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi: Projek PJD Link Expressway tidak diteruskan

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini memutuskan bahawa projek pembinaan Lebuhraya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway) tidak akan diteruskan selepas pemajunya, PJD Link (M) Sdn Bhd (PJD Link), tidak memenuhi sejumlah syarat yang diperlukan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil (gambar), yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, berkata keputusan itu sekali gus menyaksikan tiada pelanjutan masa selepas syarat-syarat yang ditetapkan masih gagal dipenuhi oleh pemegang konsesi projek tersebut.

“Jemaah Menteri hari ini membuat keputusan tidak akan melanjutkan perbincangan dengan pihak PJD Link. Pihak PJD Link telah memohon pelanjutan untuk memenuhi sejumlah syarat yang diperlukan tetapi telah ditolak pihak kerajaan, dan keputusannya adalah tidak diteruskan.

“Akibat daripada itu maka projek tersebut tidak diteruskan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

PJD Link adalah pemegang konsesi bagi cadangan PJD Link Expressway iaitu lebuh raya berkembar dua lorong sepanjang 25.4 kilometer yang bermula selepas plaza tol NKVE di Lebuhraya SPRINT, Damansara dan berakhir di persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.

Pelaksanaan projek itu adalah untuk menangani kesesakan lalu lintas dan menampung pertumbuhan kenderaan masa depan di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

PJD Link memeterai perjanjian konsesi dengan Kerajaan Malaysia pada 5 April 2022.

Fahmi berkata Kementerian Kerja Raya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atas kejayaan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi serta harga terkawal semasa perayaan Aidilfitri.

“KPDN telah berjaya dari segi penguatkuasaan untuk memastikan harga barang terkawal dan tidak timbul masalah berkaitan bekalan seperti ayam, telur dan sebagainya.

‘Respons daripada rakyat setakat ini adalah positif,” katanya yang menyifatkan kejayaan itu sebagai julung kali dicapai oleh penguatkuasa KPDN pada musim perayaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings