the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Finland dinobat negara paling bahagia buat tahun ketujuh berturut-turut

COPENHAGEN: Finland telah disenaraikan sebagai negara dengan penduduk paling bahagia di dunia buat tahun ketujuh berturut-turut, menurut Laporan Kebahagiaan Dunia yang diterbitkan pada Rabu sempena Hari Kebahagiaan Antarabangsa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam laporan itu, penyelidik menganalisis tempoh antara tahun 2021 dan tahun 2023, menilai penilaian subjektif mengenai kehidupan penduduk yang tinggal di negara itu.

Negara-negara Nordic berada pada kedudukan 10 teratas dengan Finland diikuti oleh Denmark, Iceland dan Sweden. Norway pula di kedudukan ketujuh.

Jerman sebaliknya mengalami penurunan ketara daripada tempat ke-16 kepada tempat ke-24.

Tiada negara kuasa besar yang menduduki kelompok 20 negara teratas, dengan Amerika Syarikat turun ke tangga ke-23 daripada kedudukan ke-15 tahun lepas.

Bagaimanapun penyelidik kebahagiaan tidak menjelaskan secara terperinci dalam laporan mereka mengenai faktor yang membuatkan penduduk Finland lebih bahagia berbanding semua negara lain di dunia.

Penyelidik mengenal pasti beberapa faktor utama yang secara amnya membuatkan orang lebih bahagia, seperti sokongan sosial, pendapatan, kebebasan dan ketiadaan rasuah.

Menurut Laporan Kebahagiaan Dunia, negara paling tidak bahagia dalam senarai 143 negara dalam kajian itu adalah Afghanistan.

Terdapat perbezaan kira-kira enam mata pada purata skala kebahagiaan 0 hingga 10 antara Finland (7.7), negara dengan penduduk paling bahagia dan Afghanistan (1.7). -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings