the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
33.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah mengarahkan Universiti Malaya (UM) untuk melaksanakan siasatan segera terhadap dua dakwaan gangguan seksual yang mencemarkan nama baik universiti tersebut.

Beliau berkata arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan, selain kementerian juga sama sekali tidak bertolak ansur dengan salah laku yang bertentangan undang-undang negara.

“Saya juga telah mendapat maklum balas daripada Naib Canselor UM tentang langkah-langkah yang telah mereka lakukan termasuk (yang) melibatkan semua aspek perundangan. Saya juga dimaklumkan profesor yang dituduh itu juga telah membuat laporan polis.

“Maka untuk berlaku adil, biar kita serahkan kepada pihak berkuasa khususnya polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh tanpa meninggalkan sedikitpun kesan atau aspek yang boleh melemahkan siasatan. Harap semua pihak berikan kewajaran,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Zambry berkata beliau juga dimaklumkan oleh Naib Canselor bahawa universiti terlibat telah mengambil tindakan yang perlu sejak hari pertama aduan diterima, termasuk oleh Unit Integriti UM.

Mengulas mengenai dakwaan sebuah alumni semalam bahawa seorang daripada lima penuntut universiti itu pernah mengalami gangguan seksual, Zambry berkata arahan untuk mengambil tindakan segera juga dikeluarkan kepada UM kerana ia perkara serius.

“Jika dakwaan itu benar, maka UM kena mengambil tindakan segera untuk memulihkan imej universiti. Tetapi, dalam masa sama, jika laporan dikeluarkan tidak menggambarkan atau tersasar atau tidak benar, maka UM juga perlu ambil langkah seterusnya bagi memelihara nama baik UM, kerana ini secara langsung mencemarkan nama baik universiti di mata masyarakat,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong hosts Lions International Convention for the third time

The Hong Kong Tourism Board is proud to support the 108th Lions International Convention 2026 in Hong Kong. Having previously hosted the convention in 1992 and 2005, Hong Kong has once again been chosen by Lions Clubs International as the venue for its flagship event, attracting around 17,000 delegates from across the globe.

Police hunt for man driving against traffic, hitting two vehicles on NSE

Acting Rembau district police chief DSP Azmi Ali said the incident occurred after the police ordered the 30-year-old driver to stop following a check that found the road tax and insurance for the Volkswagen Passat vehicle had expired.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings