the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji: Ambil alih kawal selia elektrik, tenaga boleh baharu pastikan bekalan stabil

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah melihat pengambilalihan kuasa kawal selia ke atas bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan akan memudahkan perlaksanaan pelan mantap bagi memastikan bekalan tenaga yang stabil di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar) berkata inisiatif itu akan memberi manfaat kepada pembangunan sosio ekonomi Sabah melalui penyediaan bekalan tenaga mencukupi, stabil, berpatutan dan mampan selaras dengan Pelan Induk Hala Tuju Tenaga Sabah 2040 (SE-RAMP 2040).

“SE-RAMP 2040 dibangunkan oleh Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS) dan dilancarkan pada September lepas bagi menyokong pelan hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya selepas persidangan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Pada persidangan khas itu, DUN Sabah meluluskan tiga Rang Undang-Undang (RUU) bagi memberi ruang kepada negeri itu untuk secara rasmi mengambil alih kuasa mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu daripada kerajaan Persekutuan.

Ia membabitkan RUU Suruhanjaya Tenaga Sabah (Pindaan) 2024, RUU Bekalan Elektrik 2024, dan RUU Tenaga Boleh Baharu 2024.

Selepas pewartaan enakmen itu, ECoS akan menjadi badan berkuasa yang mengawal selia sektor bekalan elektrik dan tenaga boleh baharu di Sabah berkuat kuasa serta- merta.

ECoS memperoleh kuasa kawal selia ke atas sektor bekalan gas daratan sejak 10 Jan tahun lepas.

Hajiji berkata kerajaan Sabah melalui ECoS akan memastikan proses pengambilalihan kuasa kawal selia bekalan elektrik dilaksanakan secara berkesan dan teratur tanpa sebarang gangguan kepada pihak pemegang taruh dalam industri bekalan elektrik di negeri ini.

“Inisiatif itu juga adalah sebahagian daripada penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings