the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji: Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi

KOTA KINABALU: Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor (gambar).

Beliau berkata pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia yang menjalankan operasi itu berlepas dari Pangkalan Udara Labuan pada kira-kira 9 pagi tadi.

“Semoga dipermudahkan segalanya,” katanya dalam kenyataan dalam laman Facebooknya hari ini.

Hajiji turut berkongsi gambar pesawat C-130 Hercules milik TUDM berpangkalan di Labuan bersama kru yang menjalankan operasi itu.

Selain TUDM, operasi itu dijalankan bersama agensi lain antaranya Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan Jabatan Ketua Menteri Sabah, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dan Jabatan Bekalan Air Labuan.

Semalam, Hajiji dilaporkan berkata MetMalaysia telah mengesyorkan operasi pembenihan awan dilakukan di kawasan terjejas akibat cuaca panas dan kering bermula hari ini hingga Sabtu ini.

Beliau berkata operasi pembenihan awan akan dijalankan berdasarkan ramalan atmosfera awan yang sesuai untuk menghasilkan hujan, dengan kos ditanggung NADMA manakala MetMalaysia menyediakan sumber manusia dan bantuan teknikal. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings