the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Harga barang tidak munasabah: Jangan tular dahulu, terus lapor KPDN

SHAH ALAM: Pengguna disaran tidak menghebahkan maklumat berhubung kenaikan harga barangan yang tidak munasabah dalam media sosial tetapi melaporkannya terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN Datuk Rohaizi Bahari (gambar) berkata ia antara lain bagi memastikan bukti berkenaan harga makanan atau barangan di pasaran yang tidak munasabah itu tidak hilang sebelum penguat kuasa kementerian melaksanakan siasatan.

“Kalau lihat ada sesuatu harga barangan yang tidak munasabah dan ingin buat aduan, pengguna digalakkan untuk terus laporkan kepada KPDN … dari situ, pihak kami boleh turun pantau dan siasat.

“Apabila ditularkan, ada (kemungkinan) bukti itu hilang dan sebagainya. Jadi lebih baik maklumkan kepada KPDN dan kita akan hantar pasukan penguat kuasa dengan segera untuk melihat aduan berkenaan,” katanya mengulas tindakan kementerian itu dalam menangani kenaikan harga barangan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pembukaan Pasar Raya AEON Setia Alam di sini hari ini.

Rohaizi berkata aduan yang tepat dan terperinci perlulah dibuat di saluran yang betul supaya pihaknya dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan sesegera mungkin.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings