the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hendrawan kekal komited bimbing Tze Yong

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan komited untuk bekerjasama dengan Ng Tze Yong (gambar) bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024.

Hendrawan yang sudah dua tahun membimbing Tze Yong berkata, beliau mempunyai tanggungjawab jelas untuk membantu pemain di ranking ke-14 dunia itu di Paris.

“Saya mempunyai misi jelas dengan Tze Yong. Saya kekal komited dengan tanggungjawab saya untuk membimbing Tze Yong untuk Olimpik Paris,” katanya dalam kenyataan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Kenyataan dibuat jurulatih berusia 51 tahun dari Indonesia itu sekali gus menepis khabar angin beliau akan meninggakan BAM dalam masa terdekat.

Hendrawan yang memainkan peranan penting dalam membantu legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik 2016, mahu menumpukan kepada tugasan akan datang dan berazam untuk membantu Tze Yong.

“Proses kelayakan yang sedang berlangsung sangat kompetitif dan Tze Yong tidak perlukan sebarang gangguan pada peringkat ini. Kami akan bersama bagi mencapat matlamat kita,” katanya.

Tze Yong meraih pingat perak dan membantu Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan di Sukan Komanwel 2022, selain muncul naib juara Terbuka Artik di Vantaa, Finland, bulan lepas. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings