the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hindraf gagal cabar keputusan RoS batal pendaftaran persatuan itu

KUALA LUMPUR: Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) hari ini gagal dalam permohonannya untuk mencabar tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membatalkan pendaftaran persatuan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amarjeet Singh dalam keputusan, yang disampaikan menerusi e-mel, menolak permohonan semakan kehakiman difailkan oleh persatuan itu terhadap Ketua Pengarah RoS dan Menteri Dalam Negeri selaku responden menerusi e-mel..

Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mewakili kedua-dua responden ketika dihubungi berkata mahkamah memerintahkan persatuan itu membayar kos sebanyak RM5,000 kepada dua responden berkenaan.

Peguam Annou Xavier, yang mewakili Hindraf mengesahkan perkara itu.

Pada 22 Feb 2021, kumpulan itu menerusi pemimpinnya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri,P. Waytha Moorthy memperoleh kebenaran daripada mahkamah untuk mencabar keabsahan dua keputusan berhubung pembatalan pendaftaran kumpulan itu.

Hindraf yang memfailkan permohonan itu pada 22 Dis 2020 memohon satu perintah mahkamah bagi mengarahkan Ketua Pengarah RoS membatalkan keputusan bertarikh 30 Sept 2019 dan mengembalikan pendaftaran persatuan itu berkuat kuasa pada tarikh tersebut (30 Sept 2019).

Persatuan itu juga antara lain menuntut pengisytiharan bahawa kedua-dua keputusan pembatalan pendaftaran itu adalah tidak sah dan terbatal. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysian unit trust industry expands

The assets under management (AUM) of unit trust companies in Malaysia increased by approximately RM27 billion, or 6%, to RM569.79 billion as of June 2025, driven by market and currency appreciation.

Healthcare sector to record 12% growth towards 2030

Malaysia’s healthcare sector is projected to record around 12% growth towards 2030, driven by an ageing population, rising chronic diseases, expanding private healthcare services, medical tourism and digital health adoption, according to Frost & Sullivan.

U Mobile completes transition to its own nationwide 5G network

Following its exit from the wholesale access agreement with Digital Nasional Bhd (DNB), U Mobile has successfully completed the migration to its own nationwide ULTRA5G network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings