the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hukuman mati tiga lelaki disabit kesalahan bunuh warga emas digantikan penjara 35 tahun

PUTRAJAYA: Tiga lelaki yang disabitkan kesalahan membunuh seorang warga emas 13 tahun lalu, terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati kepada penjara 35 tahun.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan semakan yang difailkan oleh S. Ranjitkumar, S. Gobi dan E. Sangkar di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

Turut bersidang dalam panel itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Hakim Mohamed Zabidin memerintahkan ketiga-tiga mereka dikenakan 12 sebatan setiap seorang.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu menjalani hukuman masing-masing mulai tarikh mereka ditangkap. Ranjitkumar ditangkap pada 17 Jan 2011, manakala Gobi dan Sangkar ditangkap pada 15 Ogos 2010.

Ranjitkumar, 37, Gobi, 42, dan Sangkar, 41, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 23 April 2014 kerana membunuh P. Kannayah yang ketika itu berumur 61, di tangga apartmennya di Bukit Ampang Permai, Ampang Jaya, Selangor pada 10.30 malam, 31 Julai 2010.

Rayuan mereka di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masing-masing ditolak pada 7 Mac 2016 dan 23 Mac 2017.

Dalam prosiding hari ini, peguam M.Manoharan, Rajit Singh dan Azamuddin Abdul Aziz yang masing-masing mewakili Ranjitkumar, Gobi dan Sangkar, telah memohon mahkamah menggunakan budi bicaranya untuk menggantikan hukuman mati kepada hukuman penjara.

Timbalan Pendakwa Raya K.Mangai bagaimanapun meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati ke atas ketiga-tiga mereka berikutan kecederaan yang dialami si mati.

Beliau berkata si mati keluar dari rumahnya untuk melindungi anaknya daripada serangan tiga lelaki itu.

Sebaliknya, katanya, ketiga-tiga lelaki itu yang bersenjatakan parang tidak menunjukkan belas kasihan kepada si mati dan menyebabkan 22 luka kelaran ke atasnya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile unveils omni-channel AI solutions at HKPC, GPTBots.ai powers enterprise services from “Q&A”...

Aurora Mobile showcased its enterprise AI solutions at an HKPC workshop, demonstrating how GPTBots.ai and EngageLab enable AI agents to automate business processes, strengthen customer engagement and support digital transformation across multiple industries.

Asia Pacific logistics markets diverge despite 47% tenant-favourable conditions as supply constraints begin to...

Asia Pacific logistics markets are showing increasingly mixed conditions, with supply constraints tightening some markets while abundant new supply continues to favour tenants in others, according to Cushman & Wakefield's Waypoint 2026 report.

Elm to showcase Saudi digital transformation model at LEAP East Hong Kong, eyes APAC...

Saudi Arabia's Elm Company will take part in LEAP East Hong Kong 2026 as Business Solutions Partner, the company has announced, ahead of the event's opening on 8 July 2026, marking its push to deepen ties with governments, tech ecosystems and businesses across APAC.

Taylor’s College SS15 campus to be transformed into purpose-built student living development

Situated within one of Malaysia’s key education hubs, the project is being developed by Taylor’s Assets, the property investment and asset management arm of Taylor’s Education Group, in partnership with Gamuda Land.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings