the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu, rakan dihukum penjara 35 tahun bunuh bayi lelaki

KUALA LUMPUR: Seorang ibu dan rakan wanitanya dijatuhi hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah kerana membunuh bayi lelaki berusia 23 bulan di sebuah rumah di Presint 5, Putrajaya, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman tersebut ke atas ibu bayi itu, Nor Aisyah Mohd Yunus, 40, dan rakan serumahnya, Noor Aisyah Ibrahim, 37, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kedua-dua tertuduh di akhir kes pembelaan.

“Setelah meneliti keterangan kesemua saksi pembelaan termasuk kedua-dua tertuduh, mahkamah mendapati kedua-dua tertuduh gagal memberikan penjelasan bagaimana mangsa mendapat kecederaan sedangkan mereka mengakui mangsa berada di dalam rumah berkenaan semasa kejadian.

“Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun bagi setiap tertuduh bermula dari tarikh tangkap pada 4 Nov 2019,“ kata hakim itu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua wanita itu yang merupakan penjawat awam, didakwa bersama-sama membunuh bayi berkenaan di sebuah rumah di Jalan P5A/5 Fasa 5R4, Presint 5, Putrajaya, antara pertengahan September 2019 sehingga 4 Nov 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim, Mohd Isa Mohamed dan Noor Dayana Mohamad manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Najib Zakaria dan Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Seramai 19 saksi pendakwaan dan sembilan saksi pembelaan termasuk kedua-dua tertuduh dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang bermula pada November 2021.

Media sebelum ini melaporkan bayi lelaki berkenaan dibawa oleh kedua ibu bapanya ke Hospital Serdang dengan 89 kesan lebam, lecur, luka, calar lama dan baharu di seluruh badan.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di pinggul dan hati akibat hentakan objek tumpul dan keras. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings