the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

IMF: AI bakal beri impak kepada 40% pekerjaan global

WASHINGTON: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva berkata kecerdasan buatan (AI) bakal memberi kesan kepada hampir 40 peratus pekerjaan di seluruh dunia.

Justeru itu, beliau mahu ada keseimbangan dasar yang teliti untuk memanfaatkan potensi teknologi itu dengan sewajarnya, lapor Xinhua.

“Kita berada di ambang revolusi teknologi yang boleh melonjakkan produktiviti, meningkatkan pertumbuhan global dan meningkatkan pendapatan di seluruh dunia.

“Namun, ia juga boleh menggantikan pekerjaan dan mewujudkan lebih banyak ketidaksamaan,“ kata Georgieva dalam blog, memetik analisis terkini IMF baharu yang mengkaji kesan AI ke atas pasaran buruh di peringkat dunia.

Dari segi sejarah, automasi dan teknologi maklumat cenderung mempengaruhi tugas rutin tetapi satu perkara yang membezakan ialah keupayaan AI untuk memberi kesan kepada pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Ekonomi maju mungkin menghadapi risiko yang lebih besar dengan penggunaan AI namun banyak juga peluang untuk memanfaatkan faedahnya berbanding dengan pasaran baharu muncul dan ekonomi membangun,“ menurut blog itu.

Kira-kira 60 peratus pekerjaan mungkin terkesan oleh AI.

Di pasaran-pasaran baharu dan negara berpendapatan rendah, pendedahan kepada AI dijangka masing-masing adalah 40 dan 26 peratus.

Bagaimanapun, kebanyakan negara itu tidak mempunyai infrastruktur atau tenaga kerja terlatih untuk memanfaatkan potensi AI sekali gus meningkatkan lagi potensi ketidakseimbangan dalam kalangan negara.

Beliau yang turut mengakui bahawa AI boleh memberi impak kepada ketidakseimbangan pendapatan dan kekayaan negara, Georgieva berkata pembuat dasar harus proaktif untuk memastikan dan mengelakkan teknologi ini meningkatkan lagi tekanan sosial.

“Adalah penting untuk menetapkan rangka kerja keselamatan sosial yang komprehensif dan menawarkan program latihan semula untuk pekerja yang rentan.

“Dengan demikian kita boleh membuat peralihan AI secara lebih inklusif, melindungi mata pencarian dan mengawal ketidakseimbangan,“ katanya.

Ketua IMF itu menyarankan agar ekonomi maju memberikan keutamaan kepada inovasi dan integrasi AI sambil membangunkan kerangka dasar regulasi yang kukuh.

Bagi pasaran baharu dan ekonomi membangun, keutamaan perlu diberikan untuk membina landasan yang kukuh melalui pelaburan dalam infrastruktur digital dan tenaga kerja yang mahir digital, katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings