the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen Johor tahan 28 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 28 warga asing termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun, selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa dalam Ops Sapu di beberapa rumah kedai di sekitar Skudai, tengah malam tadi.

Pengarahnya Baharuddin Tahir berkata serbuan pada 12.50 tengah malam itu, susulan aduan orang awam mengenai terdapat warga asing tinggal di kawasan tersebut tanpa permit atau pas yang sah.

“Mereka yang ditahan melibatkan sembilan lelaki serta empat perempuan warga Myanmar dan enam lelaki dewasa warga Bangladesh. Turut ditahan lima lelaki dan tiga perempuan bersama seorang kanak-kanak lelaki, kesemuanya warga Indonesia. Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 11 hingga 56 tahun.

“Hasil siasatan awal juga mendapati warga asing ini menyewa ruang tamu dan bilik kecil dengan kadar sewaan bermula RM450 hingga RM750 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Baharuddin berkata kesemua yang ditahan, dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal lebih masa.

“Jabatan Imigresen menyeru agar orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin di kawasan masing-masing dan tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap warga asing yang menyalahi undang-undang,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings