the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Impian terkubur, Aaron-Wooi Yik pulang awal dari Jejalah Dunia Akhir

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik sekali lagi tersingkir daripada kempen Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dengan rekod buruk apabila gagal meraih sebarang kemenangan di Hangzhou, China hari ini.

Ia selepas juara dunia 2022 itu mengalami kekalahan ketiga berturut-turut pada aksi terakhir Kumpulan A di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou, sekali gus menduduki tempat tercorot sama seperti edisi lepas.

Pada pertembungan hari ini, Aaron-Wooi Yik cuba memberikan tentangan ketika berdepan Liang Wei Keng-Wang Chang namun gagal menyaingi kehebatan gandingan nombor satu dunia itu selepas tumpas 21-18, 14-21, 12-21 dalam tempoh sejam.

Kemenangan dilakar gandingan tuan rumah itu membolehkan mereka menamatkan saingan kumpulan di kedudukan kedua untuk mengiringi juara yang juga rakan senegara Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi ke peringkat separuh akhir.

Terdahulu, Liu-Ou mudah menumpaskan wakil Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi yang menamatkan saingan kumpulan di posisi ketiga, 21-12, 21-17, sekali gus melangkah ke pusingan kalah mati dengan rekod tanpa kalah dalam misi mempertahankan gelaran dimenangi tahun lepas.

Kegagalan Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan mereka terus kempunan melangkah ke peringkat separuh akhir dalam empat kempen Jelajah Dunia Akhir BWF selepas edisi 2022, 2020 dan 2019 sejak ia diperkenalkan pada 2018.

Pencapaian terbaik Malaysia adalah mara ke separuh akhir beregu lelaki menerusi gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pada edisi lepas yang berlangsung di Thailand.

Di sebalik prestasi kurang memuaskan pada kempen Jelajah Dunia Akhir BWF tahun ini, Aaron-Wooi Yik yang juga pasangan ketiga dunia itu berjaya meraih pingat gangsa kejohanan dunia pada Ogos, gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022 (Oktober) dan menamatkan penantian merangkul gelaran Jelajah Dunia buat julung kali selepas menjuarai Terbuka Denmark dalam bulan sama. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings