the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

India larang eksport bawang, kerajaan akan dapatkan dari China dan Pakistan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mendapatkan bekalan bawang dari China dan Pakistan susulan keputusan India melarang eksport sayuran itu hingga Mac tahun depan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata langkah itu tidak akan menyebabkan perubahan ketara kepada harga runcit bawang.

“Kita telah bersedia ke arah itu. Harganya (harga runcit bawang) nanti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bincang, tetapi kesannya tidak banyak,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemuda Parti Amanah Negara di sini hari ini.

Pada 8 Dis lepas, India yang menyumbang sebanyak 36 peratus kepada import bawang ke Malaysia telah melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna di negara itu.

Menurut Direktorat Perdagangan Luar Negeri India, ia susulan eksport bawang dipindahkan daripada kategori bebas kepada larangan hingga 31 Mac 2024. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings