the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu kartel: KPKM sedia audit 39,000 pemegang lesen borong beras

BACHOK: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersedia menjalankan audit terhadap pemegang lesen borong beras, eksport, import, kilang padi, membeli padi, beras runcit dan kelulusan khas menjual benih padi bagi benih padi sah (BPS) bagi membanteras isu kartel.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata pada masa ini, terdapat seramai 39,000 daripada mereka yang terlibat dalam industri makanan tersebut.

“Saya sendiri turun secara mengejut tanpa memaklumkan kepada mana-mana pihak berhubung kedudukan beras dan segala bentuk pemakanan di negara ini.

“Alhamdulillah, sekarang ini masalah ini beransur pulih kerana kami bertindak bersama semua pihak dan kalau ada yang melanggar undang-undang, kami yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bertindak seperti yang kami buat pada masa sekarang,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pembiakan dan Penternakan Lembu Wagyu di Ladang Kelfarm Sdn Bhd yang dihadiri Pengarah Eksekutif Syarikat Kelfarm Sdn Bhd Paizol Akman Awang di Kampung Seneng Jelawat, di sini, hari ini.

Mohamad berkata melalui agensinya iaitu Kawal Sedia Padi dan Beras Negara (KSPBN) pihaknya menjalankan siasatan dan bertindak berdasarkan fakta bersama KPDN.

“Kami bertindak apabila ada fakta dan kami tidak mahu hebahkan satu-satu perkara, dalam masa yang sama, kami lakukan siasatan bersama KPDN kerana mereka ini yang bertindak menjaga hal-hal berkaitan kartel.

“Sekarang terdapat kes yang berada di peringkat pendakwaan,“ katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Horizon Motoring named Distinguished Brand of the Year, strengthens its position in Singapore’s used...

Horizon Motoring Pte Ltd, recently recognised as the Distinguished Brand of the Year, continues to demonstrate resilience and growth in Singapore's evolving automotive landscape by staying focused on customer value, market expertise and long-term sustainability.

Jamf launches AI Governance, a first-of-its-kind native AI control plane for Mac

Jamf, the standard in managing and securing Apple at work, has announced general availability of AI Governance, a new capability within Jamf for Mac that enables IT and security teams to discover actively-used AI tools, enforce policy controls, and generate audit-ready reporting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings