the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jepun umum peraturan baharu visa pelajar asing

TOKYO: Kerajaan Jepun pada Khamis melonggarkan peraturan visa untuk membolehkan pelajar asing tinggal dan mencari pekerjaan di negara ini, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik media tempatan.

Menurut Agensi Perkhidmatan Imigresen Jepun, kerajaan akan membenarkan pelajar yang telah menamatkan pengajian di sekolah teknik kerajaan untuk bekerja dalam sektor yang tidak semestinya berkait rapat dengan bidang yang mereka pelajari.

Langkah baharu itu dijangka meningkatkan bilangan pelajar asing yang tinggal di Jepun untuk bekerja kepada 3,000 setahun.

Sebelum ini, ramai pelajar asing yang memperoleh tahap kemahiran teknikal dan mahir dalam bahasa Jepun di sekolah teknik tertentu, terpaksa pulang ke negara asal selepas gagal mencari pekerjaan yang sepadan dengan kemahiran atau pengetahuan mereka.

Selain itu, kerajaan turut meluaskan skop pelajar asing yang boleh tinggal di Jepun untuk bekerja di bawah visa “aktiviti yang ditetapkan”, membolehkan mereka bekerja dalam pelbagai bidang.

Visa yang diluluskan sebelum ini hanya membabitkan pelajar yang telah menamatkan pengajian dari universiti.

Pelajar yang mempunyai kemahiran yang tinggi dan pendidikan setara ijazah sarjana muda, termasuk yang telah menamatkan program empat tahun di sekolah teknik yang ditetapkan layak untuk memperoleh visa berkenaan.

Menurut kaji selidik Pertubuhan Perkhidmatan Pelajar Jepun pada 2021, daripada kira-kira 2,000 pelajar asing yang mendaftar di sekolah teknik di negara itu, kira-kira 75 peratus mahu bekerja di Jepun. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings