the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Sabah rampas kain sarung bernilai lebih RM1.6 juta

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya merampas 175,600 helai kain sarung pelbagai corak bernilai lebih RM1.6 juta pada 5 Jan lepas, dipercayai dibawa masuk kedalam negara tanpa membayar cukai sepatutnya.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Mohd Nasir Deraman berkata kain sarung yang tersimpan dalam 439 guni itu ditemukan selepas pihaknya menyerbu kondominium di Ashton Tower di Inanam pada pukul 5 petang, dan seorang wanita warganegara China berumur 30an turut ditahan dalam serbuan itu.

Beliau berkata keseluruhan kain yang dianggarkan 39,510 kilogram itu dibawa masuk dari negara China, dipercayai untuk dijual dipasaran tempatan, dan siasatan awal mendapati kain itu diikrarkan sebagai ‘garments fabrics’ semasa dibawa masuk.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini beliau berkata modus operandi bagi kes itu adalah menggunakan kod tarif yang lain dan deskripsi barang yang tidak betul dalam borang kastam 1, dan ia melibatkan cukai jualan RM163,531.89.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan itu dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings