the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KBS yakin isu surat layang berkaitan FAM dapat ditangani

HULU LANGAT: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan dapat menangani isu surat layang membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekiranya terdapat bukti kukuh.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata ini kerana suruhanjaya itu turut menjadi anggota dalam Jawatankuasa Intergriti FAM, selain pihak Polis Diraja Malaysia.

“Saya percaya SPRM akan melakukan yang terbaik untuk melihat isu-isu yang telah dibangkitkan, tetapi saya nak tunggu dulu bukan setakat surat layang… Jika ada laporan, saya percaya KBS akan hubungi SPRM untuk lihat apa langkah yang boleh dilakukan,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan majlis perasmian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sebagai Pelaksana Rintis Kursus EV dan Hibrid di sini hari ini.

‘Surat layang’ dalam bentuk e-mel itu yang antara lain membangkitkan isu mengenai kepimpinan dan pengurusan FAM, tular di media sosial sejak Ahad lepas.

Yakin isu itu telah dijawab dalam Kongres Tahunan FAM ke-60 baru-baru ini, Hannah berharap agar FAM boleh menguruskan isu itu sekiranya ia berpunca dari masalah dalaman.

“Saya percaya FAM telah jawab (isu surat layang) tetapi saya tunggu.. kalau setakat surat layang memang susah.. Dalam semua syarikat, tempat (kerja) saya percaya surat layang, itu satu kebiasaan tetapi kalau ada laporan yang dibuat yang itu kita akan ambil (tindakan),“ katanya.

Sementara itu Hannah turut mengucapkan tahniah kepada jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan di atas kejayaannya melayakkan diri ke sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

“Saya harap mulai sekarang sehingga waktu ke Paris nanti beliau akan terus tunjukkan kemajuan. Syabas dan selamat maju jaya kepada Aniq,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings