the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
30 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kecuaian kontraktor punca kren tumbang, KTMB rugi lebih RM2.4 juta

PUTRAJAYA: Kecuaian kontraktor dikenal pasti menjadi punca berlakunya insiden kren tumbang di atas landasan kereta api di Rawang pada 12 Dis lepas hingga mengakibatkan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) kerugian lebih RM2.4 juta, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke (gambar).

Mendedahkan hasil siasatan insiden itu hari ini, beliau berkata pihak kontraktor gagal memastikan kawasan kerja selamat kerana telah memasuki kawasan larangan tapak kerja yang tidak kukuh dan berlecak hingga menyebabkan kren menjadi condong ke atas landasan.

“Kawasan kren dibenar operasi adalah di luar (daripada kawasan kren jatuh) iaitu pada waktu tengah hari tetapi semasa pihak penguasa Jabatan Kerja Raya (JKR) bermesyuarat, kontraktor atau jentera itu telah curi masuk ke zon bahaya tanpa kebenaran.

“Ia tanpa disedari pihak JKR, mereka telah masuk pada waktu petang pada hari sama. Ini merupakan punca insiden berlaku apabila pihak kontraktor masuk ke kawsan zon bahaya,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 12 Dis 2023, perkhidmatan tren KTMB Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren yang digunakan untuk pembinaan projek parkir bertingkat Perbadanan Aset Keretapi (RAC) tumbang di atas landasan kereta api di antara Rawang dan Kuang pada kira-kira 5.53 petang. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Data centres should be built away from homes’

'We believe data centres should not be located near residential areas due to their contribution to greenhouse gas emissions, noise pollution, urban heat island effect and (excessive) water consumption.'

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings