the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kedah akan bina lebih banyak rumah bertingkat untuk penduduk miskin bandar

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah akan membina lebih banyak rumah bertingkat kepada penduduk miskin di kawasan bandar sebagai usaha mengatasi masalah kediaman yang tidak mencukupi di negeri ini.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar) berkata pembinaan akan tertumpu di kawasan bandar-bandar utama antaranya di Alor Setar, Kubang Pasu, Sungai Petani dan Kulim.

“Di dalam bandar, kita ada kediaman orang Melayu khususnya yang tinggal di kawasan pinggir sungai, rizab jalan dan tanah kerajaan. Jadi, kerajaan negeri akan mencari tanah yang bersesuaian untuk membina rumah bertingkat, ini berikutan Kedah berdepan dengan isu kekurangan tanah untuk dibangunkan.

“Saya telah berbincang dengan beberapa pegawai daerah dan sarankan supaya bina rumah bertingkat kerana jika bina rumah atas tanah, ia tidak dapat memenuhi permintaan orang ramai,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PN-Tokai) yang mahu mengetahui mengenai perancangan kerajaan dalam menyediakan kediaman kepada penduduk di kawasan bandar.

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata kekurangan tanah untuk pembinaan kediaman turut disebabkan oleh kepesatan sektor industri dan pembangunan yang lain.

“Ini antara tekanan yang dihadapi kerajaan negeri dalam menyediakan kediaman kepada penduduk dan pembinaan rumah bertingkat ini tidak dapat dielakkan berikutan jumlah rakyat Kedah yang semakin bertambah dari semasa ke semasa.

“Jadi kita perlu semai budaya tinggal di rumah bertingkat kepada rakyat. Dalam tempoh sama kita akan usahakan untuk menyediakan rumah kepada penduduk miskin bandar dan mereka tidak perlu keluar dari bandar apabila kita tawarkan rumah bertingkat nanti,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img