the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kehilangan Siti Dhia: Polis rakam keterangan lima individu

KUALA LUMPUR: Lima individu telah dirakam percakapan hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya (gambar) berkata kesemua yang dipanggil merupakan ahli keluarga dan beberapa rakan Siti Dhia Batrisyia.

“Kanak-kanak itu belum lagi ditemukan dan pencarian sedang diteruskan,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu, ibu kepada Siti Dhia Batrisyia percaya anak perempuannya bertindak keluar dari rumah di Pudu, di sini disebabkan perselisihan faham.

Syarifah Rosfazila Syed Muhammad Fazili, 41, berkata kali terakhir dia bersama anaknya itu pada kira-kira 4 petang Selasa di kediaman mereka. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings