the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Pertahanan garis lima fokus perkasa ATM

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan menggariskan lima strategi tahun ini bagi memperkasakan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran serta meningkatkan patriotisme rakyat.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata ia merangkumi pemantapan sistem pertahanan negara, mengemas kini perancangan bagi mendepani cabaran lebih kompleks serta menjaga kebajikan dan pembangunan kapasiti anggota.

Beliau berkata selain itu, usaha untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat juga diberi tumpuan serta memastikan negara terus komited mempertahankan undang-undang serta keamanan sejagat.

“Fokus pertama ialah memastikan sistem pertahanan negara berada dalam keadaan bersedia dengan meneruskan proses pemodenan kelengkapan dan aset ketenteraan, pengukuhan keupayaan ilmu serta kepakaran dan membangunkan ekosistem sokongan pertahanan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu Menteri Pertahanan di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Mohamed Khaled juga mahu kementeriannya merancang strategi pertahanan yang lebih ampuh bagi berhadapan dengan cabaran semakin kompleks terutama berkaitan perkembangan teknologi disruptive.

Selain itu, dasar sedia ada perlu diperkasa dengan memberi pemikiran dan fokus baharu bagi menghadapi pelbagai ancaman dalaman dan luar.

Beliau berkata dalam memperkasakan ATM, kementerian juga komited menjaga kebajikan warganya dengan menyediakan pelbagai kemudahan bukan sahaja merangkumi perumahan, pinjaman serta sokongan perubatan dan kesihatan, sebaliknya turut membuka peluang kepada anggota untuk menjadikan tempoh perkhidmatan sebagai sesi pengajian.

“Sasaran saya, semua anggota yang menamatkan perkhidmatan dalam sektor pertahanan negara akan menjadi sekurang-kurangnya pemegang sijil atau diploma atau kelulusan lain dari institusi pendidikan tinggi atau institut latihan awam,” katanya.

Bagi memupuk semangat patriotisme rakyat, Mohamed Khaled berkata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dikembalikan.

“Keputusan kerajaan mengembalikan PLKN harus dijayakan sebaiknya bagi memupuk perpaduan, membuka ruang dan peluang untuk kita pasakkan dalam jiwa anak bangsa, jati diri dengan acuan dan cara kita berdasarkan nilai-nilai kebangsaan yang kita junjung serta meningkatkan kefahaman, penghayatan Malaysia MADANI,” katanya.

Beliau berkata strategi dan pendekatan yang telah diamalkan sebelum ini akan diteruskan bagi meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang komited dan tegas dalam mempertahankan undang-undang, nilai kemanusiaan dan keamanan sejagat.

“Nilai-nilai unggul seperti ihsan, hormat, daya cipta, keyakinan dan kesejahteraan ialah hasil langsung yang terbit dari sebuah negara yang aman, selamat dan terpelihara.

“Nilai-nilai inilah yang memimpin kita untuk lantang menyanggah perkara-perkara seperti pencerobohan wilayah, penjajahan bentuk baharu, pembantaian dan pembunuhan beramai-ramai sesuatu etnik, serta pelanggaran hak asasi manusia mahupun prinsip-prinsip keamanan sejagat di bawah undang-undang dan badan antarabangsa,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings