the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, October 14, 2026
31.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan cadang bina pusat pengurusan sisa panel solar

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi agensi kawal selia berkaitan sedang meneroka aspek pengurusan sisa panel solar yang dijangka meningkat secara mendadak apabila tempoh hayat atau pengoperasian loji jana kuasa solar tamat.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata hal itu termasuk cadangan membangunkan pusat pengumpulan dan pemerolehan kembali panel solar secara khusus atau berpusat, serta menetapkan peluasan tanggungjawab pengeluar (extended producer responsibility) terhadap komponen atau panel solar yang digunakan.

“Mengenai pemasangan sistem solar di pedalaman dan luar bandar pula, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyambut baik cadangan untuk bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah selaku kementerian yang bertanggungjawab merancang dan membangunkan infrastruktur luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2024 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang membangunkan Program Ramalan dan Amaran Banjir bagi lembangan sungai utama negara.

Beliau berkata program itu melibatkan hebahan amaran banjir yang dikeluarkan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dan dipanjangkan ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang bertindak sebagai penyelaras hebahan amaran kepada agensi penyelamat menerusi e-mel, portal, media cetak, media elektronik dan media sosial.

Selain itu katanya menerusi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi, lebih lima juta hebahan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) amaran banjir telah dikeluarkan semasa operasi ramalan banjir Monsun Timur Laut 2023/2024. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nearly 200,000 homes rescued from troubled housing projects since 2023 – Nga

Nearly 200,000 homes with a combined gross development value (GDV) of RM158 billion have been rescued from stalled, delayed or abandoned housing developments since 2023, Housing and Local Government Minister Nga Kor Ming told the Dewan Rakyat today.

Malaysia lags behind regional peers in hybrid rice technology, says minister

Malaysia needs to catch up with China, Vietnam and the Philippines in hybrid rice technology as it seeks to increase domestic rice production and strengthen food security, Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu said.

El Niño could drive fish offshore, hit coastal fishermen’s incomes

Coastal fishermen could see their catches and earnings decline if the anticipated El Niño phenomenon brings extreme heat, potentially pushing fish further offshore and beyond the reach of small-scale fishing boats.

Malaysia’s F1 return generates nearly RM950m in economic impact

Malaysia’s return to the Formula 1 calendar has generated an estimated RM950 million in economic impact, with Bahrain covering the hosting rights fees for the event at Sepang International Circuit (SIC).

‘Baba-Baba’ arrangements emerging alongside ‘Ali Baba’ practices: Minister

Rent-seeking in Malaysia appears to be taking on forms beyond conventional “Ali Baba” arrangements, with so-called “Baba-Baba” practices also coming under scrutiny, Economy Minister Akmal Nasrullah Mohd Nasir said.

Young Malaysians spend RM5.4 billion through BNPL schemes in six months

Malaysians aged 30 and below made RM5.4 billion worth of purchases through Buy Now, Pay Later (BNPL) schemes in the first half of 2026, with RM96.8 million in outstanding payments, as the government strengthens safeguards against excessive borrowing.

Most Viewed

spot_img