the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan fokus tingkat tenaga kerja bumiputera profesional dan kompeten berasaskan TVET

PUTRAJAYA: Peningkatan tenaga kerja profesional dan kompeten golongan bumiputera berasaskan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah antara fokus kerajaan ke arah usaha memperkasakan TVET, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar).

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata fokus berkenaan termasuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam kerjaya berkemahiran, selain merancakkan pembangunan teknousahawan bumiputera dan melonjakkan penghasilan Huffaz berkemahiran.

“Pemerkasaan TVET sebagai pilihan kerjaya utama adalah penting untuk memenuhi keperluan pasaran tenaga kerja semasa dan masa depan.

“Ketika ini terdapat 1,345 penyedia TVET awam, dan swasta yang dikawal selia oleh 12 kementerian, termasuk 24 instistusi TVET kerajaan negeri yang menyediakan pengajian serta latihan peringkat sijil dan diploma,” katanya kepada Bernama sempena Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 29 Feb hingga 2 Mac ini.

Ahmad Zahid berkata beliau percaya bahawa institusi TVET dalam negara ketika ini mencukupi untuk menampung kemasukan pelajar semasa, dan keperluan penambahan institusi TVET adalah bergantung kepada enrolmen kemasukan pelajar dari semasa ke semasa.

Ditanya mengenai bidang baharu TVET yang perlu dipelopori memandangkan saban hari terdapat pelbagai teknologi baharu yang diperkenalkan, beliau berkata sistem pendidikan TVET negara akan memberi tumpuan kepada bidang baharu antaranya kenderaan elektrik (EV), kecerdasan buatan (AI), komunikasi dan digital serta tenaga solar.

“Antara pendekatan yang akan diambil adalah dengan menjalin kerjasama antara negara luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan seperti China, Jepun dan Jerman.

“Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada pelajar tempatan untuk mendapat pendedahan kemahiran dalam bidang baharu daripada syarikat luar yang beroperasi di Malaysia,” katanya.

TVET kini mendapat perhatian serius daripada kerajaan dengan Dasar TVET Negara dijangka dibentang di Kabinet pada Mac depan sebelum dilancarkan pada 2 Jun bersempena Hari TVET Negara.

Ahmad Zahid sebelum ini juga dilaporkan berkata kerajaan berhasrat menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian dalam bidang TVET di China selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur 2.0.

Menurutnya perancangan itu adalah antara usaha kerajaan memperkasa TVET negara, dan kerajaan berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengambil jurusan itu di Jepun dan Korea Selatan.

Pada 14 Feb lepas ketika Majlis Prapeluncuran KEB 2024, Ahmad Zahid berkata 10 kumpulan meliputi 10 sektor akan diwujudkan pada KEB 2024 iaitu Reformasi Pendidikan dan Modal Insan; Institusi TVET Pilihan Kerjaya Utama dan Pengukuhan Industri Halal.

Kumpulan lain ialah Pembangunan Desa dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli; Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat; Daya Saing Perusahaan Bumiputera; Penguasaan Teknologi Baharu; Felda dan Tanah Wilayah; Sosioekonomi Bumiputera Sabah serta Sosioekonomi Bumiputera Sarawak.

Bertemakan “Positif, Progresif, Inovatif”, KEB 2024 ialah landasan penting dalam mencari jalan lebih serius bagi memperkasakan ekonomi bumiputera khususnya dalam aspek teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata KEB 2024 menjadi antara agenda penting Kerajaan MADANI bagi merombak serta melonjak pembangunan sosioekonomi bumiputera secara menyeluruh supaya berkembang maju secara progresif dan inovatif. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

1win Breaks World Record by Bringing Football to the Top of Bogotá

BOGOTÁ, COLOMBIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - 1win, in partnership with Colombian football creators FUTTO, has officially set a world record by organizing the highest football match ever played on top of a building.

BDMS Launches WellEra Bangkok, a US$865 Million Wellness Complex With Capella Hotel Group as...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Bangkok Dusit Medical Services Public Company Limited (BDMS), one of Asia-Pacific's leading healthcare providers, has unveiled WellEra Bangkok, an approximately US$865 million (THB 29 billion) wellness-integrated development that reimagines how the built environment can actively support healthier, longer lives.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings