the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan komited laksanakan polisi struktur bagi tarik pelaburan, perkukuh ringgit

KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal komited dalam menumpukan pelaksanaan polisi-polisi struktur yang mampu meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta daya saing negara untuk menarik aliran dana dan pelaburan asing yang dapat menyokong pengukuhan nilai ringgit.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan (gambar) berkata ini termasuk usaha kerajaan dalam mentransformasi ekonomi negara yang dipandu oleh Kerangka Ekonomi MADANI.

“Selain faktor pemulihan kestabilan pasaran dunia, pelaksanaan Dasar Pelaburan Baharu (NIP) untuk menambah baik iklim pelaburan dan produktiviti negara serta komitmen kerajaan terhadap pengukuhan kemampanan fiskal menerusi pembentangan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA), dijangka menambah baik sentimen pelabur seterusnya memperkukuh nilai ringgit,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Lim Pay Hen yang meminta Menteri Kewangan menyatakan strategi kementerian bagi mendepani risiko kejatuhan nilai ringgit yang kian meruncing, sekali gus meningkatkan kos sara hidup rakyat khususnya bahan makanan yang bergantung pada sumber import.

Menjelaskan selanjutnya, Ahmad berkata kerajaan sememangnya peka bahawa pergerakan ringgit turut memberi kesan terutama ke atas harga barangan import.

“Analisis Bank Negara Malaysia (BNM) menunjukkan impak pergerakan ringgit ini agak ketara bagi segmen yang mempunyai kebergantungan import yang tinggi seperti barangan makanan dan pengangkutan yang dianggarkan (masing-masing) 7.0 peratus dan 5.0 peratus daripada kandungan import dalam penggunaan isi rumah,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil beberapa langkah menangani kos sara hidup rakyat yang meningkat seperti kawalan harga serta subsidi ke atas barangan keperluan seperti makanan dan bahan api selain inisiatif Payung Rahmah bagi membantu isi rumah yang mudah terkesan.

Pada masa sama, BNM akan terus menguruskan risiko daripada perkembangan domestik dan luaran bagi menangani ketidaktentuan dalam pasaran pertukaran asing selain bersedia menggunakan instrumen dasar operasinya untuk memastikan keadaan pasaran yang teratur.

“Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu, kadar pertukaran ringgit yang fleksibel telah berperanan penting sebagai penyerap kejutan luaran di samping mengurangkan impak terhadap aktiviti ekonomi domestik.

“Pemulihan kestabilan pasaran dunia, penambahbaikan sentimen pelabur dan lebihan penerimaan pertukaran wang asing yang dipengaruhi oleh kegiatan teras ekonomi negara dijangka dapat memperkukuh nilai ringgit,” katanya.

Mengulas nilai ringgit di paras RM4.67 berbanding US$1 pada pagi ini, Ahmad berkata empat punca menyumbang kepada keadaan itu seperti aspek Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS), Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), prestasi ekonomi luar jangka dan konflik Israel-Palestin.

“FFR kini di tahap 5.5 peratus dalam keadaan Rizab Persekutuan AS (Fed) berusaha untuk mengawal inflasi. Apabila berlaku COVID-19, Kadar Dasar Semalaman (OPR) telah diturunkan kepada 1.75 peratus untuk mengembangkan ekonomi dan selepas COVID-19 berakhir, kita naikkan kepada 3.0 peratus.

“Dalam banyak masa, OPR kita lebih tinggi daripada FFR yang sebelum ini 0.25 peratus, namun sekarang AS menukar strategi kepada FFR yang lebih tinggi,” katanya.

Dari segi perbandingan MGS dan Perbendaharaan AS, pulangan itu sebeluum ini kurang daripada MGS.

Namun kini, MGS di tahap 3.87 peratus dan Perbendaharaan pada 4.39 peratus dan menyebabkan dana asing dilaburkan di luar Malaysia dalam bentuk bon telah menjejaskan lagi nilai ringgit, katanya.

Ahmad menegaskan bahawa kerajaan akan terus memanfaatkan nilai semasa ringgit seperti meningkatkan eksport dan pengunaan barangan tempatan selain mengurangkan penggunaan barangan import.

Kerajaan turut menyasarkan kehadiran lebih ramai pelancong ke Malaysia yang diharap menggunakan ringgit, sekali gus membantu mengukuhkan mata wang tempatan itu.

“Satu lagi langkah penting adalah usaha dedolarisasi iaitu perdagangan antara negara-negara dengan menggunakan mata wang tempatan. Kita telah melakukan usaha itu dengan Indonesia, Thailand dan melaksanakan 25 peratus daripada dagangan Malaysia dengan China dalam ringgit dan renminbi,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings