the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024

KOTA BHARU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata JKM juga telah diperuntukan sebanyak RM3 juta, untuk pembelian makanan teknologi retort untuk kegunaan makanan mangsa banjir dalam tempoh 24 jam.

“Selain itu, sebanyak 5,167 pegawai dan kakitangan sedia digerakkan pada bila-bila masa dengan dibantu 157 kaunselor dan 864 pasukan sokongan psikologi (PST).

“Bagi melancarkan pengoperasian di PPS, seramai 8,543 sukarelawan JKM juga sedia untuk digerakkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) dekat Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Nancy berkata bagi pengoperasian di PPS, sebanyak 47,635 collpasible tent disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa bencana melibatkan 8,481 PPS yang dikenal pasti seluruh negara, yang mampu menampung sebanyak 2.15 juta penduduk pada satu-satu masa.

“Sehingga kini, JKM mempunyai lapan buah depoh, 137 stor di daerah, 60 mini depoh kontena dan 580 pangkalan hadapan, yang menempatkan keperluan asas mangsa bencana,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penipuan segelintir mangsa banjir yang berdaftar di PPS, Nancy berkata perkara itu akan diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk tindakan selanjutnya.

“Perkara ini melibatkan beberapa agensi di bawah PKOB dan pastinya mereka lebih mengetahui mengenai situasi semasa banjir di kawasan yang terjadi.

“Oleh itu, kita harap juga ketua masyarakat memainkan peranan penting untuk membantu agensi kerajaan dan negeri untuk mengemukakan laporan yang benar dan sahih mengenai mangsa banjir,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings