the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan tekad penuhi titah Sultan Ibrahim, capai status ekonomi berpendapatan tinggi

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan bertekad memenuhi iltizam dan titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk membawa Malaysia mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil (gambar), yang juga Menteri Komunikasi, berkata perkara itu dizahirkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Kabinet hari ini selepas Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.

“Kerajaan MADANI menyokong sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Sultan Ibrahim yang ingin melihat negara ini meneruskan tadbir urus yang baik, telus, memacu ekonomi dan menumpukan segala usaha terhadap penaiktarafan hidup rakyat.

“Di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar, kerajaan MADANI akan terus tekad dalam memenuhi hasrat dan iltizam yang telah dititahkan oleh baginda serta kekal giat berusaha sebaiknya untuk membawa Malaysia mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata perkara itu juga merupakan hasrat jutaan rakyat yang ingin terus melihat kestabilan negara sekali gus memastikan kemakmuran, peluang dan masa depan lebih baik untuk semua.

Terdahulu, Sultan Ibrahim melafaz sumpah memegang jawatan dalam upacara penuh adat istiadat.

Baginda menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 semalam selepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 31 Jan 2019.

Sementara itu, Fahmi berkata Kerajaan Perpaduan dan rakyat menjunjung kasih atas pemerintahan Al-Sultan Abdullah.

“Sesungguhnya pandangan jauh lagi berwawasan telah dizahirkan oleh Al-Sultan Abdullah menerusi peranan penting baginda sebagai Raja Berperlembagaan telah membawa kepada kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti yang kita nikmati pada hari ini,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings